Tuesday, August 18, 2009

MENCARI KEBENARAN

Ini adalah email saya kepada Ustaz Zamerey : Assalamualaikum, Ustaz, Saya Wan Zayuhisham Wan Yusoff @onerich mengenali ustaz melalui forum Carigold. Isu yang masih menjadi tanda tanya sejak beberapa bulan kebeakangan ini tentang sumber rezeki saya melalui FOREX. Saya mula belajar dan mencebur diri dalam perniagaan ini sejak Julai 2007 hingga sekarang. Sejak timbul isu HALAL dan HARAM dalam perniagaan ini, saya jadi keliru mana satu yang betul atau sebaliknya. Saya ingin mencari seorang yang tahu bidang agama dan juga FOREX ini untuk meleraikan kekusutan ini. Oleh itu, saya ingin kepastian dan minta bantuan ustaz ADAKAH PENIAGAAN FOREX INI HALAL DI SISI ISLAM ATAU SEBALIK. Jika ia diharamkan, maka saya perlu berhenti segera. Dan jika sebaliknya, maka saya akan teruskan lagi. * saya berurusniaga secara ONLINE dengan Broker INTERBANK yang berpusat di New York. * Saya juga sudah berbual melalui telefon dan menasihati saya BERHENTI. * Itulah membuatkan saya termenung sejenak memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari-hari mendatang. * Ustaz Zemerey adalah Head of Shariah, Asian Finance. * Boleh try tengok sini Blog Forex saya : http://onerich.blogspot.com Email Jawapan Ustaz Zamerey :

Waalaikumussalam,

En Wan Zayuhisham Wan Yusoff,

Semoga kita semua dirahmati Allah swt.

Saya amat berbangga dengan Tuan yang sudi mempastikan halal dan haram dalam urusan FOREX sekalipun pendapatanya lumayan. Setakat kajian yang telah saya lakukan, hujjah mengatakan FOREX yang dilakukan oleh traders untuk tujuan mendapat untung hasil pergerakan turun naik harga adalah haram kerana mempunyai unsur-unsur al-Najash & al-Ihtitakar yang ditegah oleh Rasulullah saw.

Apatah lagi jika terlibat dengan leverage. Akademi Feqh Islam Rabitah al-alam al-islami yang berpusat di Mekkah al-Mukarramah telah memutuskan bahawa hukum penggunaan leverage adalah haram.

Saya secara peribadi berpegang kepada pandangan ini. Jika Tuan ingin penjelasan lebih detail, saya cadangkan kita berdiskusi secara berdepan demi mencari kebenaran dan menjauhkan diri kita semua dari perkara haram @ syubhah.

Oleh itu apa pandangan saudara-saudara trader?

10 comments:

. August 19, 2009 at 4:07 PM  

bro,dah total tinggalkan forex dah ker nie?

Kuda Perang August 28, 2009 at 6:11 AM  

Alhamdulillah, dengan penjelasan itu dapat tambah mengukuhkan lagi pendirian ummat Islam dalam membuat pilihan terhadap sumber pendapatan HALAL atau HARAM demi menjaga kesucian darah daging yang membina diri dan jasad kita ini..

WZWY August 28, 2009 at 6:35 AM  

buat masa ni ilmu trading simpan dulu.tengah berusaha mencari nafkah cara lain.ada cadangan?

lahar.jaya September 1, 2009 at 12:53 AM  

Melihat sejarah perkembangan bank islam mungkin boleh dijadikan perbandingan.

Pada awal kemunculannya, bank islam banyak yang mengambil ilmu dari bank konvensional. Malah sehingga ke hari ni di Malaysia terutamanya produk2 bank berteraskan islam masih lagi dibayangi riba dan kadang-kala lebih melampaui pulak berbanding produk konvensional.

kadang-kala perlunya kita mempunyai kepakaran dalam bidang yang begitu penting tapi tak pula dikuasai umat Islam. Yang pasti kita perlu mengislamisasikannya.

Anonymous September 20, 2009 at 8:38 PM  

salam bro. selamat hari raya

nak tau lebey lanjut blh lawat laman web zaharuddin. Ade penjelasan lg detail

jika rajin, blh tgk ceramah halal haram forex dlm youtube.

setakat pemahaman, forex tu halal dgn syarat 'SPOT' forex dan berapa syarat lg

cuma leverage je majoriti kata haram. Ust Zaharuddin kata carikan Leverage 1:1

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=649&Itemid=72

Anonymous November 1, 2009 at 8:35 PM  

ni pula mengenai Leverage, yg dijawab melalui email..

Waalaikumussalam w.b.t..... Read More

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Seeraj atas pertanyaan yang diajukan dan sokongan kepada ruangan forum ini. Memang semalam ada persoalan tentang leverage. Oleh kerana soalan tersebut telah menyebut nama seseorang, pihak pengurusan telah membuang soalan tersebut supaya perbincangan kita lebih telus dan tidak menyentuh mana-mana pihak. Akhlak dan kesatuan adalah penting dalam Islam dan bukan perpecahan serta pergaduhan yang dianjurkan. Terima kasih atas keperihatinan saudara itu.

Diruangan yang terhad ini saya tidak bercadang untuk menterjemahkan definisi LEVERAGE mengikut istilah perniagaan yang memeningkan kepala kerana ianya berbeza mengikut penggunaan di dalam sesuatu urusniaga. LEVERAGE yang berlaku dalam perdagangan FOREX adalah "how to earn more with less" sebagaimana berikut :-

Sebagai contoh : kita mengambil urusniaga matawang asing yang melibatkan matawang GBP/USD. Sekiranya kita membuka akaun USD1,000 dan kita ingin membeli/menjual 1 lot GBP/USD, sepatutnya pihak platform akan memotong USD100 dari akaun kita sebagai modal pusingan. Tetapi sekiranya leverage, platform hanya akan memotong USD50 untuk modal pusingan 1 lot tersebut. Ini merupakan kemudahan dan diskaun yang diberikan oleh pihak platform untuk meringankan modal pusingan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Inilah yang dikatakan leverage dan keistimewaan ini hanya diberikan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Akaun mini ialah jumlah akaun yang kurang dari USD50,000. Tetapi sekiranya akaun tersebut melebihi USD50,000 ke atas, keistimewaan ini tidak diberikan kepada pedagang (trader). Yang paling penting didalam perdagangan forex ini ialah setiap urusniaga yang dibenarkan serta kerugian maksimum yang akan ditanggung oleh pedagang tidak akan melebihi dari jumlah modal pusingan yang terdapat di dalam akaun mereka. Sebagai contoh, sekiranya anda membuka akaun yang bernilai USD1,000 anda tidak akan menanggung sebarang kerugian melebihi modal tersebut iaitu USD1,000 walau apapun leverage yang anda perolehi dari pihak platform dan kerugian anda sama sekali tidak akan berganda dari keseluruhan modal yang anda laburkan.

Dengan ini leverage tidak menjadi halangan mengikut hukum syara' dalam perlaksanaannya kerana ianya merupakan diskaun atau keistimewaan yang diberikan kepada pedagang. Ini hanyalah kemudahan yang diberikan oleh pihak platform dengan harga yan lebih rendah kepada pedagang yang mempunyai modal yang kecil (mini akaun) iaitu akaun yang yang modalnya kurang dari USD50,000.

Saya berharap penerangan saya yang ringkas ini dapat merungkaikan segala kekeliruan dan pemahaman yang silap tentang leverage yang timbul dewasa ini dan juga menjawab kepada persoalan hukum tentang leverage itu sendiri. Di dalam Islam "La ibrata bil musammayaat walakinna ibrata bil ma'aani" (Pengajaran (hukum) bukan diambil dari segi istilah sesuatu perkara bahkan pengajaran (hukum) diambil dari cara perlaksanaannya).

Sekian. Wassalam.
Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed
Penasihat Syar'ie/Shar'ie Advisor
KODANA Berhad.

Anonymous November 1, 2009 at 8:37 PM  

berdasarkan penerangan diatas... sy rasa hukum halal n haram tu sudah jelas...

jgnlah kita ragu2 lg dlm forex nie... InsyaAllah semoga kita dirahmati...

nguyen đinh lâm August 9, 2018 at 3:20 PM  

I change the valve you are requesting to pay or pay for it and compare with the contract and I also have a way to make it possible to build your own website or more. You have the ability to retrieve cap in link face book https://www.facebook.com/brokerreview.net

https://www.facebook.com/brokerreview.net August 9, 2018 at 4:50 PM  

I found your post very interesting and very thoughtful. And I have some comments to build your article better.

Anonymous May 11, 2022 at 7:12 PM  

Vision Forex is a broker that offers superior trading platforms to its clients and assists them in realizing their financial goals.

Best Forex Broker Delhi
Top 10 Forex Companies in Delhi NCR
Best Forex Trading Platform for Beginners
Highest Leverage in Forex

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP