Keselamatan Semasa Pulang Beraya
Salam Aidilfitri buat semua, walaupun hari raya yang bakal menjelma insyallah pada 30 Sept atau 1 Oktober nanti. Tetapi buat masa dan ketika ini, khususnya anak perantau sudah mengatur rancangan untuk pulang ke kampung masing-masing termasuklah diri sendiri.
Seperti mana apabila trading, kita perlu percaya kepada sistem dan pasaran semasa, kerana ia akan memberi kesan ke atas urus niaga dan juga prestasi perniagaan kita.
Begitu juga semasa pulang beraya, kita juga perlu percayakan kenderaan dan diri sendiri untuk memandu jarak jauh atau sederhana.Pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil dan juga bersedia untuk pemanduan balik kampung nanti.Sama-samalah berdoa semoga kita semua akan sampai pergi balik dengan selamat dan sejahtera.
Dan jangan lupa dengan 'abang polis' di atas itu yang sentiasa peka dan perhatikan kita di sepanjang perjalanan kita nanti. Dan patuhi segala peraturan semoga tak kena 'tembak' masuk skrin.Alih-alih lepas raya dapat surat saman..huhuhu....Di bawah ini ada sedikit tips untuk diri sendiri dan rakan-rakan.
8 Petua Keselamatan Jalan Raya
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan penumpang.