Saturday, October 24, 2009

Moving Average 100?


Menurut maklumat disampaikan tentang pergerakan matawang naik sekarang dirancang oleh persatuan broker untuk mencari Stop Loss pedagang-pedagang. Entahlah betul atau tidak, cuma dalam dunia urus niaga ini, banyak perkara tidak dijangka dan memeningkan kepala.

Di sini hanyalah 'filter' tambahan yang dilihat mengenai MA100. Ini untuk melihat sejauh mana pergerakan atau 'trend' semasa pasaran. Bagi yang yakin boleh ikutlah.Bagi yang sudah pakar dengan sebarang 'filter' lain tidak perlu ambil kisah dengan kaedah ini.

Pergerakan pasaran terhenti di MA100 Daily dan gagal melepasinya dan turun secara mendadak semalam yang mungkin menyebabkan ramai pedagang diambang MC atau pun terkena SL. DI H4 platform Insta Trader sudah wujud BDB walaupun ia memasuki zon alligator. Dan jika dilihat senario di TF H1, selama seminggu harga bergerak naik di atas MA100 dan gagal turun melepasinya sehingga semalam ia masih berada di atas MA100nya. Dan jika ia turun melepas MA100 H1, diandaikan pergerakan akan turun tapi perlu diingat trend di H4 dan Daily masih lagi uptrend. Ada berpendapatan berdasarkan 'news' pada minggu depan tiada pergerakan besar untuk mengerakkan pasaran.

Oleh itu, berdasarkan pengalaman cetek penulis, masih tidak berani untuk pennetuan sell atau buy sehingga 'entry signal' chaos tidak kelihatan atau wujud. Bagi teknik lain mungkin berpendapat sebaliknya.

(Nota: Pengisian entri di blog hanyalah padangan peribadi dan sebagai makluman semata-mata)

Thursday, October 22, 2009

Entri Baru Selepas Menyepi


Agak lama membiarkan blog ini sepi daripada sebarang entri. Saya pun tidak pasti sama ada ia masih dikunjungi atau pun tidak. Tapi bagi yang ingin mempelajari sistem urus niaga Chaos. Bolehlah ambil apa yang patut daripada blog tidak seberapa ini.

Persoalan masih menjadi tanda soal. Berdasarkan pengalaman semasa saya. Satu pihak berpendirian urus niaga ini wajar ditinggalkan kerana beberapa perkara yang diragui. Dan satu pihak lagi berpendapat sebaliknya. Ia bukan melibatkan 'orang awam' semata-mata tetapi dikalangan individu yang berpendidikan jurusan agama juga tidak sependapat. Oleh itu, ramai kenalan yang saya jumpa masih setia dan tidak jemu-jemu mengadap 'chart' masing-masing dan ada juga yang sudah beralih arah ke suatu bidang lain.

Oleh itu, ia terpulang kepada pandangan atau pendapat masing-masing sama ada ingin terus berurus niaga atau pun sebaliknya. Ramai yang memberi pandangan tetapi secara teknikalnya masih samar-samar apakah sebenarnya intipati perniagaan ini. 

Ketika 'balik kampung' pada minggu lepas, sempat berjumpa beberapa orang 'trader' dan "IB", iklim perniagaan ini masih lagi berjalan lancar dan muncul muka-muka baru ingin mencuba asam garam kehidupan sebagai 'forex trader'. Secara jujurnya dikatakan oleh seorang "IB", ramai yang melakukan depo ke akaun berbanding 'withdraw'. Oleh itu, terpulang atas kebijaksanaan masing-masing untuk mengutip keuntungan atau sebaliknya.


Apabila ditanya oleh seorang 'trader baru' yang aktif dalam perniagaan MLM tentang kenapakah ramai yang rugi berbanding keuntungan. Saya tanya balik dalam MLM berapa ramai jutawan atau mempunyai kewangan mantap berbanding semata-mata menjadi ahli sesebuah syarikat tersebut.


Apa pun perniagaan, kita ingin mencari yang halal dan terbaik untuk keluarga kita berdasarkan apa yang telah digariskan oleh agama Islam. Segala kemusykilan atau berbeza pendapat perlu merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, bagi berpendapat perniagaan ini masih lagi dibenarkan dan sah halal, selamat maju jaya dan bagi yang sudah angkat bendera putih, selamat maju jaya dalam perniagaan yang lain pula.


Nota : Nanti nak cuba tinjau-tinjau program wang pos yang sedang hangat di Shah Alam ini. Pandangan beberapa tokoh agama, ia sistem piramid dan tidak dibenarkan oleh Islam tetapi dikhabarkan setiap seminar atau kelas dipenuhi 'orang kita' sahaja. Nampaknya 'orang kita' makin terdesak untuk mencari alternatif sumber kewangan. Pelbagai cara atau program disertai dan dicipta oleh sesetengah individu yang kreatif.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP