Tuesday, August 18, 2009

MENCARI KEBENARAN

Ini adalah email saya kepada Ustaz Zamerey : Assalamualaikum, Ustaz, Saya Wan Zayuhisham Wan Yusoff @onerich mengenali ustaz melalui forum Carigold. Isu yang masih menjadi tanda tanya sejak beberapa bulan kebeakangan ini tentang sumber rezeki saya melalui FOREX. Saya mula belajar dan mencebur diri dalam perniagaan ini sejak Julai 2007 hingga sekarang. Sejak timbul isu HALAL dan HARAM dalam perniagaan ini, saya jadi keliru mana satu yang betul atau sebaliknya. Saya ingin mencari seorang yang tahu bidang agama dan juga FOREX ini untuk meleraikan kekusutan ini. Oleh itu, saya ingin kepastian dan minta bantuan ustaz ADAKAH PENIAGAAN FOREX INI HALAL DI SISI ISLAM ATAU SEBALIK. Jika ia diharamkan, maka saya perlu berhenti segera. Dan jika sebaliknya, maka saya akan teruskan lagi. * saya berurusniaga secara ONLINE dengan Broker INTERBANK yang berpusat di New York. * Saya juga sudah berbual melalui telefon dan menasihati saya BERHENTI. * Itulah membuatkan saya termenung sejenak memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari-hari mendatang. * Ustaz Zemerey adalah Head of Shariah, Asian Finance. * Boleh try tengok sini Blog Forex saya : http://onerich.blogspot.com Email Jawapan Ustaz Zamerey :

Waalaikumussalam,

En Wan Zayuhisham Wan Yusoff,

Semoga kita semua dirahmati Allah swt.

Saya amat berbangga dengan Tuan yang sudi mempastikan halal dan haram dalam urusan FOREX sekalipun pendapatanya lumayan. Setakat kajian yang telah saya lakukan, hujjah mengatakan FOREX yang dilakukan oleh traders untuk tujuan mendapat untung hasil pergerakan turun naik harga adalah haram kerana mempunyai unsur-unsur al-Najash & al-Ihtitakar yang ditegah oleh Rasulullah saw.

Apatah lagi jika terlibat dengan leverage. Akademi Feqh Islam Rabitah al-alam al-islami yang berpusat di Mekkah al-Mukarramah telah memutuskan bahawa hukum penggunaan leverage adalah haram.

Saya secara peribadi berpegang kepada pandangan ini. Jika Tuan ingin penjelasan lebih detail, saya cadangkan kita berdiskusi secara berdepan demi mencari kebenaran dan menjauhkan diri kita semua dari perkara haram @ syubhah.

Oleh itu apa pandangan saudara-saudara trader?

Thursday, August 13, 2009

Masih Ada Di Sini

Hampir dua bulan tidak mengisi ruang di blog ini. Tapi hampir setiap hari saya akan menjengah ke sini. Dunia urusniaga hari ini banyak berlaku perkara-perkara luar jangkaan. Bukan saja situasi pasaran 'corrective' tetapi ramai dikalangan pedagang-pedagang mengundurkan diri, rehat atau pun mengisytiharkan pencen buat selama-lamanya. Saya akui ia juga menjadi penyebab untuk saya beralih ke dunia baru di blog sebelah lagi. Chart masih dilihat saban hari.Apatah lagi orang-orang yang dulu banyak mengajar saya tentang urusniaga sudah pencen dab beralih ke perniagaan lain atau meneruskan tugasan semasa sahaja. Apa yang pasti saya dan tuan-tuan lakukan yang terbaik berdasarkan pemahaman masing-masing. Sesungguhnya dunia urusniaga matawang ini bukan semudah ABC. Kalau tidak masakan dikatakan 95% pedagang gagal/rugi dalam perniagaan ini.Fikir-fikirkanlah..... Kadang-kadang kasihan melihat pedagang-pedagang baru pantang melihat iklan kelas dan terus serbu dan mengharapkan apabila keluar nanti dapat mengaut keuntungan berlipat ganda kerana dijanjikan dengan kemewahan sebagai pedagang matawang. Saya bukanlah pedagang hebat dan pakar rujuk. Cuma sebelum ini saya menggunakan blog ini sebagai tempat untuk mencurahkan apa yang ada dan dipelajari. Tetapi sejak memasuki perniagaan ini pertengahan tahun 2007 tidak berada zon kecewa kerugian besar sebagaimana rakan-rakan lain. Saya amat bersimpati apabila wang simpanan atau pinjaman mereka lesap dalam masa seminggu, sebulan dan sebagainya. Jumlah pun boleh tahan USD10k ke atas dan ada yang dalam USD100 ke bawah. Walaupun USD10, ia juga duit dan bernilai. Jadi, persoalannya ADAKAH BERDAGANG MATAWANG INI SENANG DAN MENGUNTUNGKAN? Tanya diri dan renung jauh-jauh dalam hati kita. Apakah yang kita mahu sebenarnya. Ilmu cukup, modal besar tapi EMOSI tidak dapat dikawal, kita mungkin akan masuk ZON KECEWA satu hari nanti. Tapi apa yang saya tahu, di luar sana masih ramai pedagang-pedagang hebat yang 'low profile' dan sentiasa mengutip keuntungan dalam urusniaga mereka.Mereka tidak pernah berforum dan berhubung dengan sesiapa secara online dan seumpamanya. Apatah lagi mahu menganjurkan kelas dan berdabik dada sistem mereka yang terhebat. Terpulang pada individu...... * Bagi rakan yang pencen urusniaga...selamat berpencen.. * Bagi rakan yang masih setia berurusniaga...selamat berurusniaga... ..Ilham Dengan Keizinan-Nya..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP